AGENDA

Sultan rasmi Masjid At-Taqwa, berbuka puasa bersama rakyat Hulu Langat

6 Apr 2023, 1:05 PM
Sultan rasmi Masjid At-Taqwa, berbuka puasa bersama rakyat Hulu Langat
Sultan rasmi Masjid At-Taqwa, berbuka puasa bersama rakyat Hulu Langat

HULU LANGAT, 6 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat Hulu Langat di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota di sini hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sultan Sharafuddin turut berkenan merasmikan Masjid At-Taqwa yang mula beroperasi sejak 6 Disember 2018 dengan kapasiti 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

[caption id="attachment_575662" align="aligncenter" width="744"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf ketika majlis Perasmian Masjid dan majlis Berbuka Puasa di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota, Hulu Langat pada 6 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Dalam majlis sama, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 322 asnaf sekitar Hulu Langat terdiri daripada 91 fakir, 137 (miskin) dan 94 (mualaf) melibatkan peruntukan sebanyak RM161,000.

Baginda turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama asnaf dan rakyat Hulu Langat di masjid berkenaan.

Majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619