EXCO

100 penduduk kurang mampu terima bantuan makanan asas

6 Apr 2023, 6:42 AM
100 penduduk kurang mampu terima bantuan makanan asas

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 APRIL: Seramai 100 penduduk kurang berkemampuan dari beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) dirai dan diberikan sumbangan makanan asas kelmarin sempena Ramadan.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau memaklumkan program yang dianjurkan sejak 2017 meliputi agihan beras, tepung, gula, biskut, makanan dalam tin dan susu.

Beliau berkata penerima sumbangan membabitkan DUN Kota Kemuning, DUN Batu Tiga, DUN Sungai Kandis, DUN Kota Anggerik dan Kelab Kebajikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

"Kita raikan mereka dalam majlis berbuka puasa dan memberikan sedikit sumbangan makanan asas sebagai persediaan menjalani ibadah puasa dan bagi membantu meringankan beban mereka," katanya.

Beliau turut berharap program itu memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat untuk terus membantu golongan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan waktu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619