AGENDA

Bekas Speaker DUN Selangor Onn Ismail meninggal dunia

5 Apr 2023, 2:38 PM
Bekas Speaker DUN Selangor Onn Ismail meninggal dunia

SHAH ALAM, 5 APRIL: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Tan Sri Onn Ismail, 84, disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 7.15 malam ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya Datin Paduka Datuk Nor Hayati ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

“Perkhabaran ayah (Onn Ismail) meninggal dunia itu benar. Ayah meninggal dunia sangat tenang. Beliau tidak mengidap sebarang penyakit kronik cuma sakit orang tua sahaja. Ada keluar masuk hospital tapi ayah pergi dengan tenang,” katanya ketika dihubungi.

Onn berkhidmat sebagai speaker DUN Selangor selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008, pengerusi tetap UMNO Malaysia dari 2004 hingga 2007, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa selama tiga penggal dari 1974 hingga 1982 dan sebagai ADUN Selat Klang selama tiga penggal dari 1986 hingga 1995.

Jenazah beliau dijangka disolatkan di Masjid Kampung Raja Uda dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja Uda selepas solat Zohor esok.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619