AGENDA

Masjid, surau diminta buat solat hajat untuk rakyat Palestin esok

5 Apr 2023, 1:33 PM
Masjid, surau diminta buat solat hajat untuk rakyat Palestin esok

KUALA LUMPUR, 5 APRIL: Masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat esok susulan peristiwa serangan polis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar berkata solat hajat melibatkan Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga telah diminta melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis sebelum waktu subuh, mengakibatkan tujuh daripada mereka cedera sementara 200 rakyat Palestin ditahan.

Menurut Mohd Na’im Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel itu kerana disifatkan sebagai biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

“Malah tindakan tersebut berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan, katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619