AGENSI

SAY pelawa asnaf, ibu tunggal sertai seminar usahawan wanita secara percuma 12 April

5 Apr 2023, 5:30 AM
SAY pelawa asnaf, ibu tunggal sertai seminar usahawan wanita secara percuma 12 April

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 APRIL: Selangor Youth Community (SAY) mempelawa wanita golongan asnaf, ibu tunggal dan berpendapatan bawah RM3,600 untuk menyertai Seminar Usahawan Wanita Selangor secara percuma pada 12 April.

Ketua Pegawai Eksekutif SAY berkata seminar dengan kerjasama pejabat EXCO Pembangunan Usahawan  dijadual berlangsung di Grand Ballroom Hotel Sunway Resort mulai 3.30 hingga 6.30 petang.

"Seminar ini bertujuan memperkasa wanita asnaf, ibu tunggal dan B40 dalam bidang keusahawanan dengan memberikan ilmu, kemahiran dan sumber untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.

"Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 100 peserta sahaja. Juadah berbuka puasa turut disediakan kepada semua peserta," kata Nurul Azwa Mohd Rodzi.

Dalam majlis berkenaan, EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail turut dijadual melancarkan Liga Usahawan Wanita Selangor 2023.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi 018-359 3797 (Naim) dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan tinyurl.com/LUWS2023

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619