ADN

DUN Bandar Utama laksana program bank makanan bantu B40, warga emas

5 Apr 2023, 4:35 AM
DUN Bandar Utama laksana program bank makanan bantu B40, warga emas
DUN Bandar Utama laksana program bank makanan bantu B40, warga emas

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 5 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama memperuntukkan RM1,000 setiap bulan bagi membantu 20 keluarga berpendapatan rendah (B40) menerusi program bank makanan.

Wakil rakyat Jamaliah Jamaluddin berkata pihaknya terus memberi bantuan makanan percuma kepada golongan sasar menerusi program berkenaan meskipun selepas pandemik Covid-19.

“Kita wujudkan bank makanan kerana menyedari ada mereka yang hilang pekerjaan atau warga emas uzur tidak dapat bantuan Kerajaan Negeri. Kadang-kadang ada pemohon tidak layak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan.

“Disebabkan itu, kita wujudkan bank makanan untuk beri bantuan makanan bulanan dengan peruntukan RM50 bagi setiap keluarga,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_575318" align="aligncenter" width="656"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada media selepas melancarkan mesin layan diri makanan khusus untuk B40 di Rumah Pangsa Kayu Ara, Petaling Jaya pada 27 Mac 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Jamaliah berkata program itu juga bertujuan memastikan golongan sasar mampu menyediakan makanan mencukupi untuk keluarga mereka.

"Inisiatif ini bagi mengelakkan masalah kekurangan zat makanan berlaku terutama dalam kalangan kanak-kanak. Pada saya ini keistimewaan DUN Bandar Utama yang tidak terdapat di DUN-DUN lain.

“Golongan sasar akan mendapat bantuan makanan asas di saat memerlukan tanpa perlu melalui proses sukar,” katanya yang turut mengalu-alukan kerjasama sektor korporat menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Selain bank makanan, DUN Bandar Utama turut menggerakkan projek perintis mesin layan diri untuk 100 keluarga B40 di Pangsapuri Kayu Ara, Bandar Utama pada 27 Mac lalu.

Mereka menerima bantuan bulanan RM100 yang dikreditkan dalam akaun e-dompet. Penerima boleh mendapatkan 19 produk makanan antaranya minyak masak, sardin tin, serbuk kari, cili kering dan minuman dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh luput.

Selain produk makanan, sebuah lagi mesin layan diri menawarkan 45 produk penjagaan diri dan ubat-ubatan seperti ubat batuk, ubat gigi, sabun mandi dan tuala wanita.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619