AGENDA

60 pelajar MRSM keracunan makanan, ayam masak merah disyaki punca

5 Apr 2023, 4:14 AM
60 pelajar MRSM keracunan makanan, ayam masak merah disyaki punca

SHAH ALAM, 5 APRIL: Juadah ayam masak merah yang disediakan di dewan makan asrama disyaki punca 60 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik mengalami keracunan makanan sejak Isnin lalu.

Menurut Exco Kesihatan Perak A Sivanesan, insiden membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima menyebabkan mereka sakit perut, cirit-birit, muntah, dan sakit kepala, lapor Berita Harian.

"Temu bual dengan pelajar mendapati masakan itu sudah berbau semasa dimakan (pada Ahad), justeru disyaki ayam mentah sudah rosak sebelum dimasak memandangkan baunya tidak menyenangkan.

"Onset terawal dilaporkan pada 8 malam, hari yang sama (Ahad) dan onset terakhir jam 7 pagi keesokannya," katanya menambah kesemua pelajar dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata sebanyak 10 sampel klinikal diambil dari dapur dewan makan asrama terbabit bagi dianalisis, selain arahan penutupan selama tiga hari mengikut Akta Makanan 1983 untuk pembersihan.

Pada Januari 2018, media melaporkan seramai 34 pelajar sekolah berkenaan terpaksa menerima rawatan apabila dipercayai mengalami keracunan makanan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619