AGENDA

Elaun tambahan diperluas buat pegawai perubatan KK kerja lebih masa

4 Apr 2023, 3:58 AM
Elaun tambahan diperluas buat pegawai perubatan KK kerja lebih masa

KUALA LUMPUR, 4 APRIL: Kerajaan bersetuju supaya elaun tambahan diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan (KK) yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluasan bagi elaun berkenaan turut dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

"Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.

"Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan ini supaya ia dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah elaun ‘on call’ kepada doktor.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619