AGENDA

Ibu bapa ada anak OKU pembelajaran layak tuntut pelepasan cukai sehingga RM16,000

3 Apr 2023, 5:17 AM
Ibu bapa ada anak OKU pembelajaran layak tuntut pelepasan cukai sehingga RM16,000

SHAH ALAM, 3 APRIL: Ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) pembelajaran layak menuntut pelbagai pelepasan cukai sehingga RM16,000.

Timbalan menteri kewangan berkata ia meliputi perbelanjaan membeli peralatan sokongan asas sehingga RM6,000 dengan syarat anak tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain itu, Steven Sim Chee Keong memaklumkan pelepasan cukai anak sebanyak RM6,000 dan cukai pendapatan sehingga RM4,000 turut diberikan.

"Secara kesimpulannya kalau kita tambahkan segala pelepasan, maka ibu bapa untuk anak OKU termasuk anak OKU pembelajaran layak menuntut sebanyak RM16,000," katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu beliau menjelaskan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 adalah dasar baharu diperkenalkan kerajaan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan terbabit.

"Kalau nak kata tidak prihatin, (kerajaan) dulu tak pernah buat...sekarang telah dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan.

"Mungkin angka ini masih belum memadai, kita akan berusaha mengambil semua cadangan untuk menambah (jumlah pelepasan) pada masa hadapan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619