AGENDA

Dewan Rakyat tumpu RUU bacaan kedua hari ini

3 Apr 2023, 1:24 AM
Dewan Rakyat tumpu RUU bacaan kedua hari ini

KUALA LUMPUR, 3 APRIL: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan beberapa rang undang-undang dibentangkan untuk bacaan kali kedua, termasuk Rang Undang-Undang Kewangan 2023.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat di laman rasmi Parlimen, rang undang-undang yang dijangka dibentang dan dibahaskan adalah Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Turut dijangka dibentangkan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, serta Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023.

Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini.

Pada 28 Feb lepas, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 ditambah dua hari lagi iaitu pada 3 dan 4 April, menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 31 hari.

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan beberapa rang undang-undang dan urusan kerajaan dapat dibentangkan dan diputuskan di Dewan Rakyat.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619