AGENDA

Dua lelaki cemas terperangkap di ruangan mesin ATM di Mersing

3 Apr 2023, 12:06 AM
Dua lelaki cemas terperangkap di ruangan mesin ATM di Mersing

MERSING, 3 APRIL: Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap kira-kira setengah jam di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank, di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.10 tengah malam selepas pintu automatik (roller shutter) bank berkenaan tertutup.

Beliau berkata susulan itu, Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.

"Bagaimanapun, pintu itu telah dibuka oleh kakitangan bank berkenaan kira-kira 30 minit kemudian dan kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Abdul Razak turut menasihati orang ramai agar peka dan mematuhi notis yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi perbankan mengenai waktu operasi dan amaran mengenai tempoh masa pintu yang ditutup secara automatik.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat dalam media sosial yang memaparkan dua lelaki terperangkap di dalam bank berkenaan dengan kehadiran beberapa anggota polis dan JBPM di pekarangan bank itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619