AGENDA

Tuntut ilmu dunia dan akhirat, elak perbalahan, alam terjaga (VIDEO)

31 Mac 2023, 8:00 AM
Tuntut ilmu dunia dan akhirat, elak perbalahan, alam terjaga (VIDEO)

SHAH ALAM, 31 MAC: Umat Islam mesti mempunyai ilmu dunia dan akhirat untuk mengelak perbalahan dan kerosakan alam sekali gus meningkatkan keimanan.

Menghuraikan ayat 30 Surah al-Baqarah yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Roslan Mohamed berkata ilmu yang bermanfaat boleh membawa kebaikan kepada manusia.

"Orang berilmu dia makin harmoni, dia tidak merosakkan alam dan dia tahu alam mesti ditadbir dengan cara betul. Tanpa ilmu dia akan binasakan alam, rosakkan manusia.

"Ada dua ilmu iaitu ilmu akhirat dan duniawi. Ada ilmu dunia sahaja bahaya, dia kena ada ilmu akhirat, kita kena gabungkan sekali. Dunia kita raih, akhirat kita capai," kata bekas pensyarah kanan Universiti Malaya itu.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1641667034995113985[/embed]

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula menjelaskan kehidupan manusia yang tidak dipandu ilmu akan menyebabkan pertumpahan darah dan perbalahan.

"Sejarah dunia kita tengok banyak berlaku peperangan, pembunuhan dan juga kekerasan walaupun di belakangnya itu orang-orangnya nampak pintar tetapi dia tidak dipandu dengan ilmu yang benar," katanya.

Roslan mengulas lagi bahawa manusia tidak boleh meninggalkan ilmu kerana ia membangunkan peribadi, jiwa dan peradaban.

"Hari ini kadang-kadang kita tengok masyarakat tiada ilmu yang mendorong kepada maksiat. Bila banyak maksiat maka banyak huru-hara," katanya.

Amirudin menambah manusia mesti terus berusaha mendapat ilmu yang bermanfaat dan diamalkan dengan berpandukan keimanan.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua  – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima  – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan - doa pakaian ummah

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619