ad
PBT

Hanya RM10 kompaun parkir MBSA, diskaun 70 peratus kesalahan terpilih

31 Mac 2023, 6:16 AM
Hanya RM10 kompaun parkir MBSA, diskaun 70 peratus kesalahan terpilih
Hanya RM10 kompaun parkir MBSA, diskaun 70 peratus kesalahan terpilih

SHAH ALAM, 31 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawar pengurangan kadar kompaun parkir RM10 bermula 23 Mac hingga 21 April.

Pengurangan kompaun melibatkan Kompaun Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBSA 2007.

Kempen sempena Ramadan itu juga memberi diskaun 70 peratus bagi kompaun kesalahan terpilih.

"Ayuh rebut peluang ini untuk menyelesaikan kompaun tertunggak anda," tulisnya di Facebook.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5522 2882.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.