AGENSI

KDEBWM: Sisa makanan di bazar Ramadan naik 45 peratus tahun ini

31 Mac 2023, 3:49 AM
KDEBWM: Sisa makanan di bazar Ramadan naik 45 peratus tahun ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Sejumlah 73.67 tan sisa makanan dikutip setiap hari di bazar Ramadan di Selangor berbanding 50.78 tan tahun lalu dengan peningkatan 45 peratus.

Jabatan Media dan Perhubungan Awam KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata sisa berkenaan dikutip di tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Peningkatan itu susulan penambahan jumlah petak perniagaan dan peniaga di bazar Ramadan berbanding tahun sebelum ini yang sedikit terhad berikutan impak pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya lagi, peningkatan jumlah perniagaan yang ketara dapat dilihat di Majlis Perbandaran Klang dengan 16.5 tan sisa dikutip sehari.

"Bagi bazar di Hulu Selangor, Kuala Selangor, Ampang Jaya, Sabak Bernam dan Petaling Jaya, ia diuruskan sendiri oleh majlis masing-masing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619