AGENDA

Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah

29 Mac 2023, 3:25 PM
Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah
Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah

JOHOR BAHRU, 29 Mac: Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Haji Muhammad, Kampung Sabak Awor di Muar, kira-kira 140 kilometer dari sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar berkata dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur empat dan enam tahun, serta dua kanak-kanak lelaki berumur tiga dan lapan tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.49 malam, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati 80 peratus daripada bangunan rumah jenis separuh kekal itu musnah dijilat api.

[caption id="attachment_574170" align="aligncenter" width="727"]
Sebuah rumah terbakar dan mengorbankan empat kanak-kanak di Kampung Sabak Awor, Muar pada 29 Mac 2023. Foto Ihsan Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor[/caption]

"Setelah api padam sepenuhnya PKO bertindak membuat pencarian mangsa dan semua kanak-kanak itu dijumpai di dalam bilik air rumah berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya semua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Shahrizal berkata operasi ditamatkan pada jam 9.52 malam tadi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619