AGENDA

MB buka puasa bersama penjawat awam, serah sumbangan kepada asnaf

29 Mac 2023, 2:01 PM
MB buka puasa bersama penjawat awam, serah sumbangan kepada asnaf
MB buka puasa bersama penjawat awam, serah sumbangan kepada asnaf

GOMBAK, 29 MAC: Dato’ Menteri Besar berbuka puasa bersama kira-kira 500 kakitangan agensi kerajaan Gombak di Dewan Beringin Taman Seri Gombak di sini hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menghulurkan sumbangan Ihya’ Ramadan kepada beberapa agensi antaranya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Gombak, Kelab Polis Gombak dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Gombak.

[caption id="attachment_574152" align="aligncenter" width="594"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran S Khatir Vellu sempena majlis iftar bersama agensi kerajaan Daerah Gombak di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak, Gombak pada 29 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau turut menyerahkan bakul makanan Aidilfitri sumbangan Yayasan Petronas kepada 150 asnaf sekitar daerah selain menyampaikan bantuan kemasyarakatan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada mangsa kebakaran S Kathir Vellu.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad turut menunaikan solat maghrib berjemaah bersama penjawat.

Dalam majlis sama wakil rakyat Sungai Tua juga merasmikan program Selangor Bertadabbur 5.0 anjuran Asatizah Selangor.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619