ADN

RM31,950 disumbangkan kepada masyarakat DUN Sungai Ramal untuk laksana pelbagai aktiviti

29 Mac 2023, 1:36 PM
RM31,950 disumbangkan kepada masyarakat DUN Sungai Ramal untuk laksana pelbagai aktiviti
RM31,950 disumbangkan kepada masyarakat DUN Sungai Ramal untuk laksana pelbagai aktiviti

SHAH ALAM, 29 MAC: Sejumlah RM31,950 disumbangkan kepada institusi, pertubuhan, persatuan dan individu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal untuk penganjuran pelbagai aktiviti tahun ini.

Wakil rakyatnya, Mazwan Johar berkata sumbangan disampaikan kepada 11 penerima untuk pelbagai aktiviti berkaitan kemasyarakatan, belia serta individu.

“Penerima termasuk daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan penduduk dan komuniti, kelab sukan serta pertubuhan bomba sukarela dan penyelamat.

[caption id="attachment_574111" align="aligncenter" width="697"]
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Ramal, Mazwan Johar menyampaikan sumbangan kepada penerima untuk aktiviti berkaitan kemasyarakatan, belia dan individu. Foto Facebook ADN Sungai Ramal[/caption]

“Selain itu, turut disampaikan sumbangan kewangan untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT),” katanya di Facebook, hari ini.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan dapat memudahkan segala urusan dan program mereka yang terlibat tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619