EXCO

EXCO puji usaha MBSA rancang strategi mampan ke arah bandar pintar

29 Mac 2023, 8:18 AM
EXCO puji usaha MBSA rancang strategi mampan ke arah bandar pintar

SHAH ALAM, 29 MAC: Kerajaan Negeri memuji usaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan bengkel khas bagi membincangkan strategi dan garis panduan untuk mencapai status bandar pintar.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata penyediaan pelan tindakan bagi tempoh 2023 hingga 2023 itu selaras hasrat Kerajaan Selangor dalam menuju Negeri Pintar menjelang 2025.

"Saya menyambut baik inisiatif bandar pintar yang dilaksanakan MBSA terutama penganjuran bengkel hari ini yang turut bekerjasama dengan agensi luar bagi bertukar pandangan.

"Perkongsian ini penting kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh bergerak sendiri, sebaliknya memerlukan kerjasama bagi memastikan matlamat bandar pintar tercapai," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Bengkel Pelan Tindakan Bandar Pintar Shah Alam 2023-2030 di Pusat Konvensyen MBSA di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sze Han memaklumkan semua PBT di Selangor juga sedang berusaha untuk mencapai status bandar pintar mengikut garis panduan masing-masing bagi manfaat pelbagai pihak.

"Pelbagai manfaat diperoleh termasuk potensi keuntungan kewangan dan pengurangan kos operasi boleh dikecapi oleh rakyat terutama dalam komuniti perniagaan dan kerajaan," katanya lagi.

Bengkel selama dua hari bermula hari ini disertai 150 peserta dalam kalangan kakitangan MBSA, Smart Selangor Delivery Unit, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Koridor Utiliti Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619