AGENDA

Bina kasih sayang dalam keluarga, hindari keganasan (VIDEO)

29 Mac 2023, 8:09 AM
Bina kasih sayang dalam keluarga, hindari keganasan (VIDEO)

SHAH ALAM, 29 MAC: Umat Islam bertanggungjawab membina rumah tangga yang dilimpahi kasih sayang lantaran ia sebahagian maqasid syariah.

Dalam program Tadabbur al-Quran bersama Ustaz Roslan Mohamed, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Islam menuntut umatnya membina keluarga bahagia dan mencegah porak-peranda termasuk keganasan.

"Semoga Ramadan al-Mubarak ini mengeratkan hubungan semasa keluarga dengan aktiviti seperti qiamullail dan iftar bersama," katanya ketika mengulas ayat 21 Surah ar-Rum.

[embed]https://twitter.com/AmirudinShari/status/1640949504546570240[/embed]

Bekas pensyarah kanan Universiti Malaya Ustaz Roslan Mohamed pula berkata perkahwinan bertujuan membina kasih sayang dan bukannya perpecahan.

"Kalau ada orang terajang, pukul, maki isteri atau pukul suami, ini sesuatu yang tidak menepati kehendak agama. Ini satu jenayah yang tidak diizinkan Allah," katanya.

Roslan juga menjelaskan Islam tidak menggalakkan penceraian tetapi menetapkan hukum makruh untuk perbuatan berkenaan.

"Kahwin itu maknanya kita nak mawaddah (kasih sayang) dan warahmah (menghormati). Kata ulama berkahwin itu Allah aturkan bukan kita. Apabila rumah tangga harmoni negara pun harmoni," katanya.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam - sifat amanah ketika memimpin

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619