ADN

Lebih 340 penduduk DUN Kg Tunku terima baucar RM100 sempena Ramadan

28 Mac 2023, 7:05 AM
Lebih 340 penduduk DUN Kg Tunku terima baucar RM100 sempena Ramadan

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Lebih 340 penghuni Pangsapuri Sri Aman, Petaling Jaya menerima baucar beli-belah bernilai RM100 sumbangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, pada 25 Mac lalu.

Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata program tersebut sudah tiga kali diadakan sejak 2019 menerusi kerjasama Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya zon 19, Nalina Nair.

"Program ini bermula pada 2019 bersama mantan ahli majlis, Farhan Haziq. Kita sedar bahawa ramai keluarga kurang kemampuan tinggal di sini, kami jadikan program bantuan ini sebagai program tahunan.

"Sumbangan ini kita buat untuk semua keluarga tanpa mengira kaum dengan menggunakan peruntukan saya dan ahli majlis," katanya kepada SelangorKini.

Pada program tersebut, setiap keluarga turut menerima sekotak buah kurma disampaikan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.

Menurut Yi Wei hebahan dan promosi mengenai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) kepada penduduk turut dibuat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619