ADN

DUN Meru agih 300 Bakul Rahmah buat asnaf Sabtu ini

28 Mac 2023, 5:53 AM
DUN Meru agih 300 Bakul Rahmah buat asnaf Sabtu ini

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 MAC: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru akan mengedarkan 300 Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan sempena program Jelajah Ramadan Sabtu ini.

Wakil rakyatnya Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata edaran dibuat di tiga masjid sekitar DUN tersebut dengan setiap satu menerima 100 bakul berupa makanan asas.

"Setiap masjid akan menerima 100 Bakul Rahmah berupa makanan asas untuk diserahkan kepada keluarga asnaf yang merupakan kariah mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau memaklumkan masjid terlibat ialah Masjid As Sharif di Meru, Masjid Al-Falah (Kampung Budiman) dan Masjid Al Barakah (Kampung Cherakah Jaya).

Dalam pada itu, katanya, program memasak dan mengedar bubur lambuk serta agihan duit raya kepada asnaf turut diadakan pada hari sama dengan kerjasama agensi seperti polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619