AGENDA

Nasi lauk ayam disorok dalam mesin basuh, jual kepada orang tidak puasa

27 Mac 2023, 5:48 AM
Nasi lauk ayam disorok dalam mesin basuh, jual kepada orang tidak puasa
Nasi lauk ayam disorok dalam mesin basuh, jual kepada orang tidak puasa

SHAH ALAM, 27 MAC: Seorang peniaga di Kota Bharu sanggup menyembunyikan lauk dan nasi bungkus dalam mesin basuh yang diletakkan dalam tandas untuk dijual kepada individu tidak berpuasa.

Tindakan itu dikesan Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok dalam operasi pagi semalam, dengan lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam dirampas, lapor Berita Harian.

Menurut Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof, pihaknya turut menemukan bungkusan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur milik peniaga wanita berusia 40-an itu.

[caption id="attachment_573763" align="aligncenter" width="756"] Bungkusan nasi dan ayam goreng yang disorokkan seorang peniaga dalam mesin basuh yang diletakkan di tandas ketika operasi bersepadu dan pemantauan kedai makan sepanjang Ramadan pada 26 Mac 2023. Foto Facebook Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam[/caption]

"Hasil soal siasat, pemilik rumah (peniaga) mengaku membungkus nasi itu sebelum pembeli menghubunginya untuk mengambil makanan tersebut.

"Wanita berkenaan memaklumkan dia menjual dari rumah pada Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa," katanya yang telah memberi amaran tegas kepada peniaga terbabit.

Suratemi menambah wanita tersebut akan diberi kaunseling supaya tidak lagi mengulangi perbuatan berkenaan dan tiada tangkapan membabitkan pembeli pada hari kejadian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619