AGENDA

Raja Muda hadir tazkirah Ramadan, hulur sumbangan kepada anak yatim

26 Mac 2023, 7:55 AM
Raja Muda hadir tazkirah Ramadan, hulur sumbangan kepada anak yatim
Raja Muda hadir tazkirah Ramadan, hulur sumbangan kepada anak yatim
Raja Muda hadir tazkirah Ramadan, hulur sumbangan kepada anak yatim
Raja Muda hadir tazkirah Ramadan, hulur sumbangan kepada anak yatim

KUALA SELANGOR, 26 MAC: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim, hari ini.

Sumbangan membabitkan sejumlah RM129,600 itu diperuntukkan Yide kepada 864 anak yatim di daerah Kuala Selangor.

Pengerusi Yide Tan Sri Mazlan Mansor berkata setiap anak yatim menerima wang tunai RM150 bagi membantu persiapan Aildilfitri.

[caption id="attachment_573642" align="aligncenter" width="500"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Kuala Selangor di Masjid Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor pada 26 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Sumbangan ini adalah bagi membantu mereka menghadapi persiapan Aidilfitri yang menjelang tiba dan semoga rezeki mereka terus berlimpah ruah bukan sahaja di bulan Ramadan tetapi di bulan-bulan lain juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yide di Masjid Kampung Sungai Terap, Tanjung Karang hari ini.

[caption id="attachment_573652" align="aligncenter" width="500"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mendegar tazkirah oleh Ikon Mahabbah YIDE Ustaz Don Daniel Don Biyajjid selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Kuala Selangor di Masjid Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor pada 26 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Pada majlis tersebut, Tengku Amir Shah turut meluangkan masa mendengar tazkirah Ramadan disampaikan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebelum menunaikan solat Zohor berjemaah.

Sebelum berangkat pulang, Raja Muda Selangor itu turut berkenan menyerahkan sumbangan infaq yang diterima oleh imam masjid berkenaan.

[caption id="attachment_573644" align="aligncenter" width="500"] Sebahagian anak yatim kelihatan ceria menerima sumbangan Aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) yang disampaikan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di Masjid Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor pada 26 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619