ADN

Perkhidmatan JKM di DUN Teratai setiap Rabu minggu ketiga mudahkan penduduk

26 Mac 2023, 5:27 AM
Perkhidmatan JKM di DUN Teratai setiap Rabu minggu ketiga mudahkan penduduk
Perkhidmatan JKM di DUN Teratai setiap Rabu minggu ketiga mudahkan penduduk

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 MAC: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai kini boleh beurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di DUN berkenaan pada Rabu minggu ketiga setiap bulan.

Pegawai penyelarasnya berkata program di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari memudahkan penduduk yang tidak lagi perlu berulang alik ke JKM Hulu Langat.

"Untuk memudahkan penduduk terutama warga emas kita bawakan kakitangan JKM ke DUN Teratai setiap bulan.

"Jadi kita mengalu-alukan kehadiran penduduk yang ingin berurusan dengan jabatan itu di PKM DUN Teratai mengikut jadual," kata Alice Tan ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata program pertama telah dijalankan pada 15 Mac lalu dan seterusnya 12 April ini.

Katanya, antara urusan boleh dilakukan ialah permohonan bantuan bulanan dan kad orang kurang upaya (OKU).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619