AGENDA

Beregu badminton negara mara ke pentas akhir bertemu wakil China

26 Mac 2023, 2:03 AM
Beregu badminton negara mara ke pentas akhir bertemu wakil China

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Beregu profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menjadi beregu tunggal negara untuk meneruskan perjuangan Malaysia pada Kejohanan Terbuka Switzerland 2023 di Basel.

Beregu campuran itu melangkah ke pentas akhir selepas mengatasi Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda 21-14, 23-21 dalam tempoh 38 minit, di St Jakobshalle, awal pagi tadi (4.30 pagi waktu Malaysia).

Selepas menang set pertama 21-14, Soon Huat-Shevon yang juga pilihan keenam kejohanan, ditentang hebat pasangan Belanda itu sebelum berjaya mengawal permainan dan memenangi pertarungan sengit berakhir dengan 23-21.

Keputusan itu menyaksikan beregu ranking ke-11 dunia itu akan bertemu wakil China Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin yang mara selepas menundukkan wakil Taiwan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-13, 23-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, hasrat perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia bagi meraih gelaran pertamanya musim ini musnah selepas ditundukkan pemain Jepun Koki Watanabe straight set 11-21, 14-21.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619