AGENSI

MB: Inisiatif Payung Rahmah usaha semai kasih sayang dalam masyarakat

26 Mac 2023, 1:02 AM
MB: Inisiatif Payung Rahmah usaha semai kasih sayang dalam masyarakat

KUALA SELANGOR, 26 MAC: Program Payung Rahmah merupakan sebahagian usaha Kerajaan Perpaduan menyemai rahmah dan kasih sayang dalam komuniti masyarakat.

Dato’ Menteri Besar berkata biarpun program itu pernah ditertawakan di peringkat awal, namun kini mendapat sambutan baik pelbagai pihak khususnya Menu Rahmah.

“Sebelum ini kita dengar Menu Rahmah dan Jualan Rahmah ditertawakan, sinikal serta ada yang kata sekadar populis, tidak menyebar kepada masyarakat. Tetapi kini, apa yang diusulkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan mendapat sambutan baik.

“Ada juga yang ingin mengatakan usaha ini menekan peniaga khususnya masyarakat bumiputera, namun kini syarikat konglomerat besar, rangkaian restoran antarabangsa memperkenal inisiatif tersebut kepada masyarakat,” kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada majlis pelancaran dan simbolik penyerahan Bakul Rahmah di sini semalam yang turut dihadiri EXCO Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Awal tahun ini, Kerajaan memaklumkan akan memperkenalkan program Payung Rahmah bagi membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata program itu adalah langkah jangka pendek bagi mengurangkan beban sara hidup golongan itu dalam tempoh enam bulan ini, dengan ia dijangka dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619