AGENDA

Lelaki dicari kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah

25 Mac 2023, 6:29 AM
Lelaki dicari kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

"Saya mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pemilik rumah sewa berkenaan dan siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti suspek terlibat," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Perbuatan itu terbongkar selepas jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.

Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619