AGENDA

Air Selangor: Paip pecah di Bukit Raja segera dibaiki

24 Mac 2023, 11:46 AM
Air Selangor: Paip pecah di Bukit Raja segera dibaiki
Air Selangor: Paip pecah di Bukit Raja segera dibaiki
Air Selangor: Paip pecah di Bukit Raja segera dibaiki

SHAH ALAM, 24 MAC: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.

Agensi itu memaklumkan, kerja pembaikan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mulai 10.00 malam ini.

"Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya jam 6 pagi esok. Bekalan air mula disalurkan secara berperingkat apabila sistem bekalan air distabilkan setelah kerja pembaikan siap.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor memaklumkan pihaknya mengerakkan lori tangi air ke kawasan terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

"AIr Selangor ingin menasihatkan pelanggan untuk menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang gangguan ini,"

Maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa boleh diperoleh menerusi aplikasi Air Selangor, Facebook dan aduan boleh diajukan di Help Centre di www.airselangor.com

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619