AGENSI

Zakat Selangor beroperasi setiap hari sepanjang Ramadan

24 Mac 2023, 8:02 AM
Zakat Selangor beroperasi setiap hari sepanjang Ramadan

SHAH ALAM, 24 MAC: Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) membuka semua cawangannya setiap hari sepanjang Ramadan ini.

Agensi itu memaklumkan ia dilaksanakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pelanggan untuk menunaikan zakat harta atau zakat fitrah.

“Cawangan Zakat Selangor dibuka tujuh hari seminggu. Ayuh tunaikan zakat harta dan fitrah bersama kami,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Zakat Selangor sebelum ini memaklumkan kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang tahun ini.

Ia ditetapkan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri itu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

Berikut adalah waktu operasi cawangan Zakat Selangor sepanjang Ramadan ini:

Waktu operasi cawangan LZS dari 23 Mac - 20 April 2023

Isnin-Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9.00 pagi - 3.00 petang

21 April 2023

Jumaat: 8.30 pagi - 12.15 tengah hari

Waktu operasi cawangan UTC Shah Alam dari 23 Mac - 20 April 2023

Isnin-Ahad: 8.30 pagi - 4.30 petang

Cuti Umum: Tutup

21 April 2023

Jumaat: 8.30 pagi - 12.15 tengah hari

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619