AGENDA

Budak dua tahun mati selepas ditemukan dalam takungan kumbahan

23 Mac 2023, 8:39 AM
Budak dua tahun mati selepas ditemukan dalam takungan kumbahan

KOTA BHARU, 23 MAC: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijumpai di dalam takungan air kumbahan di Ketereh di sini semalam disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 5.25 petang semalam.

Katanya terdahulu bapa tiri mangsa dan isterinya menyedari ketiadaan kanak-kanak itu di rumah kedai mereka di Jalan Kuala Krai-Kok Lanas pada 2.25 petang.

“Mangsa kemudian dijumpai oleh keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam takungan air kumbahan di bahagian belakang rumah kedai itu.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas dan pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosdi berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk tujuan bedah siasat dan pemeriksaan.

"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah ‘drowning’ (lemas air) selain tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan simati,” katanya.

Katanya mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619