AGENDA

Atasi ketidakpadanan pekerjaan graduan TVET melalui perkongsian data, maklumat

22 Mac 2023, 9:34 AM
Atasi ketidakpadanan pekerjaan graduan TVET melalui perkongsian data, maklumat

SHAH ALAM, 22 MAC: Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) digesa mengatasi ketidakpadanan peluang pekerjaan yang ketara menerusi perkongsian data dengan semua pihak.

Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketidakpadanan pekerjaan membabitkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu berlaku di kebanyakan negeri di Malaysia.

“Ada keperluan perkongsian data dan maklumat daripada kementerian dan agensi demi menjamin kelangsungan serta keupayaan menghasilkan tenaga pekerja yang mencukupi untuk setiap bidang.

“Inilah dilema yang berlaku di negeri-negeri. Apabila suatu pelaburan diluluskan, harus disertakan apakah keperluan tenaga kerja yang perlu diisi,” katanya ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa MITI di Dewan Rakyat hari ini.

Dato’ Menteri Besar  berkata maklumat itu juga perlu disalurkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia supaya semua pihak dapat berhubung sekali gus menyelesaikan isu keperluan tenaga kerja yang tidak sepadan.

Menurutnya kelompongan jawatan di peringkat kemahiran teknologi tinggi masih lagi ketara walaupun 80 hingga 90 peratus graduan TVET dilaporkan tidak menganggur.

“Walaupun lebih 80 peratus graduan TVET sudah mendapat peluang pekerjaan tetapi di luar sana, untuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknologi tinggi tertentu, kita masih ada lagi kekosongan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619