AGENDA

Strategi mempercepat pemulihan ekonomi antara isu di Dewan Rakyat

22 Mac 2023, 12:31 AM
Strategi mempercepat pemulihan ekonomi antara isu di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 MAC: Strategi mempercepat pemulihan ekonomi negara menjadi antara isu yang dibangkitkan pada Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) bertanyakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berhubung strategi dan langkah yang akan diambil kerajaan untuk mempercepat pemulihan ekonomi negara, khususnya bagi memenuhi keperluan kumpulan rentan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), pada sesi soal jawab lisan.

Selain itu, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) bertanyakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkembangan pindaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk menyahjenayah cubaan bunuh diri, bagi menangani peningkatan cubaan membunuh diri di seluruh negara.

Turut menarik perhatian, soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang meminta Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan sejauh manakah kementerian bersetuju menguatkuasakan Akta Bahasa Kebangsaan di institusi pengajian tinggi, terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selesai sesi berkenaan, Mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619