ADN

27 surau, sebuah masjid di DUN Teratai terima sumbangan RM30,000 imarah Ramadan

21 Mac 2023, 8:37 AM
27 surau, sebuah masjid di DUN Teratai terima sumbangan RM30,000 imarah Ramadan

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 21 MAC: Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan RM30,000 kepada 27 surau dan sebuah masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tertai bagi mengimarahkan Ramadan ini.

Penolong Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teratai Mohd Firdaus Babh berkata sumbangan disampaikan dalam majlis ramah mesra dan sembang santai di Restoran Qasih Balqis Ampang pada 19 Mac lalu.

"Sumbangan RM1,000 diserahkan kepada setiap surau sementara RM3,000 untuk masjid itu disampaikan oleh Penyelaras DUN Teratai Ng Sze Han.

"Sumbangan itu untuk membantu program mengimarahkan surau dan masjid pada bulan Ramadan ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Firdaus memberitahu dalam majlis itu Sze Han turut menawarkan beberapa tarikh kepada surau dan masjid untuk mengadakan program jualan murah.

"Beliau turut menggalakkan pihak surau dan masjid agar sentiasa berhubung dengan pejabat penyelaras bagi mendapatkan manfaat yang disediakan Kerajaan Negeri," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619