AGENSI

Hampir 40,000 jalan berlubang dibaiki dalam 24 jam sejak 2021

21 Mac 2023, 8:24 AM
Hampir 40,000 jalan berlubang dibaiki dalam 24 jam sejak 2021
Hampir 40,000 jalan berlubang dibaiki dalam 24 jam sejak 2021

SHAH ALAM, 21 MAC: Sebanyak 39,182 jalan berlubang di seluruh Selangor diturap syarikat penyelenggara jalan negeri Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) sejak 2021 hingga tahun lalu.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) Suhaimi Khalidi berkata jalan berlubang itu dibaiki dalam tempoh 24 jam berdasarkan aduan orang ramai.

“Selain pembaikan jalan, Infrasel juga melaksanakan kerja-kerja elektrik, pembinaan jalan, kerja-kerja kecemasan seperti tanah runtuh, bah dan khidmat pemantauan serta penyeliaan,” katanya.

Beliau menambah pihaknya juga menerima aduan berkenaan pokok di bahu jalan yang mengganggu pemanduan di kawasan seliaan Infrasel.

[caption id="attachment_562963" align="aligncenter" width="719"] Infrasel melaksanakan kerja-kerja pembaikan bahu jalan di Jalan Rizab Derahman, Mukim Tanjong Karang pada 25 Januari 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Infrasel menurap jalan raya di beberapa daerah antaranya Gombak, Sepang, Petaling, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Antara jalan yang siap diturap ialah Jalan Sawah Ban, Pasir Panjang, Sabak Bernam; Jalan Genting Highlands – Batang Kali dan Jalan Rahidin 1, Kampung Paya Jaras Dalam, Petaling.

Turapan turut dibuat di Jalan Selayang - Kepong; Gombak; Jalan B48, Dengkil Sepang; Jalan Kris 1, Kuala Selangor dan Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menggalakkan orang ramai melaporkan isu jalan rosak dalam komuniti mereka di Twitter untuk ditapis dan disemak secara automatik.

Orang ramai hanya perlu membuat aduan dengan memuat naik ciapan di Twitter bersama #namajalan #daerah (jika) berlakunya kerosakan jalan raya tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619