AGENDA

Capaian tinggi KDNK, 3.8 juta peluang kerja antara matlamat RS-1

20 Mac 2023, 9:32 AM
Capaian tinggi KDNK, 3.8 juta peluang kerja antara matlamat RS-1

PETALING JAYA, 20 MAC: Pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga tujuh peratus setiap tahun antara 14 matlamat yang terangkum dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

EXCO pelaburan berkata pelan pembangunan negeri itu mengandungi lebih 200 projek, yang turut meletakkan matlamat nilai perolehan pelaburan tinggi antara RM25 hingga RM35 bilion.

Menurut Dato' Teng Chang Khim, kerangka untuk tempoh lima tahun itu juga bakal membuka lebih banyak peluang perniagaan selain menyasar antara 3.5 juta hingga 3.8 juta pekerjaan.

“Saya percaya pelan tindakan ini bakal merubah dan menjadikan Selangor sebagai Negeri Pintar dan makmur menjelang 2025,” katanya merasmikan Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Selangor di sini hari ini.

RS-1 diumum pada Julai tahun lalu bagi membentuk ekonomi mampan dan cekal demi kesejahteraan rakyat selain mencapai hasrat negeri menyumbang 30 peratus KDNK pada 2025.

Rancangan bermula 2021 melibatkan beberapa projek mega antaranya Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan, Pembangunan Kawasan Sabak Bernam dan Gerbang Maritim Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619