AGENDA

Ikon Agro Selangor diumum selepas Aidilfitri, RM30,000 menanti tiga pemenang

20 Mac 2023, 2:30 AM
Ikon Agro Selangor diumum selepas Aidilfitri, RM30,000 menanti tiga pemenang

SABAK BERNAM, 20 MAC: Pemenang bagi Ikon Agro Selangor 2022 edisi ketiga akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata seramai tiga pemenang akan dipilih dengan masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM10,000.

"Kita jadualkan pengumuman dibuat ketika program Selangor Agro Fest 2023 Mac tetapi ditangguh susulan masih ada beberapa peserta sedang dalam proses membuat penggambaran video pendek.

"Selepas ini kita akan meneliti video yang menarik dan menepati kriteria akan dipilih sebagai pemenang. Selamat berjaya kepada pesertam semoga mereka dapat buat yang terbaik," katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Jelajah Kita Selangor Penyayang peringkat daerah Sabak Bernam di Bagan Terap, Sungai Besar di sini, semalam.

Seramai 10 usahawan agro daripada 23 penyertaan disenarai pendek sebagai calon Ikon Agro Selangor 2022 edisi ketiga.

Lima kategori dipertandingkan iaitu penternakan, akuakultur, tanaman, industri asas tani dan agro pelancongan yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 beserta peralatan tani.

Penganjuran pertandingan berkenaan bertujuan menjadikan Selangor sebagai pusat bekalan makanan selain menggalakkan lebih ramai berkecimpung dalam sektor pertanian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619