AGENDA

Warga emas tak sempat selamatkan diri maut dalam kebakaran rumah

18 Mac 2023, 11:58 AM
Warga emas tak sempat selamatkan diri maut dalam kebakaran rumah

KUANTAN, 18 MAC: Lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 5 petang.

"Mangsa berusia 77 tahun yang tinggal seorang diri ditemukan kira-kira lima meter dari rumahnya, dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata kebakaran tersebut menyebabkan rumah kayu itu musnah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619