AGENDA

AMK gerak 150 sukarelawan bantu ringan beban mangsa bah Johor

18 Mac 2023, 3:11 AM
AMK gerak 150 sukarelawan bantu ringan beban mangsa bah Johor

SHAH ALAM, 18 MAC: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas di Johor menerusi Misi Banjir Khidmat Malaysia ke negeri itu, dengan menggerakkan 150 sukarelawannya.

Majlis pelepasan misi pasca banjir itu disempurnakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Kongres Nasional Khas KEADILAN 2023 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Sebagai simbolik pelepasan misi bantuan itu, Anwar menyerahkan bendera Johor dan bendera misi kepada Timbalan Ketua Penerangan AMK Nabil Halimi, merangkap Ketua Koordinator Khidmat Untuk Malaysia.

Majlis turut disaksikan Timbalan Presiden Rafizi Ramli, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua AMK Adam Adli Abd Halim.

Semalam, Anwar yang juga Perdana Menteri mengarahkan semua jentera kementerian membantu misi pascabanjir di Johor, dengan RM150 juta peruntukan tambahan telah disegerakan oleh Kementerian Kewangan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan, dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang membincangkan mengenai usaha untuk membantu mangsa banjir di negeri tersebut.

Anwar berkata secara keseluruhan, mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 82,831 orang dan seramai 26,879 mangsa masih berada di 102 PPS. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619