ad
ADN

Karnival kembali ke sekolah DUN Semenyih Ahad ini sedia pelbagai kaunter bergerak

17 Mac 2023, 12:58 AM
Karnival kembali ke sekolah DUN Semenyih Ahad ini sedia pelbagai kaunter bergerak
Karnival kembali ke sekolah DUN Semenyih Ahad ini sedia pelbagai kaunter bergerak
Karnival kembali ke sekolah DUN Semenyih Ahad ini sedia pelbagai kaunter bergerak

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 17 MAC: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang ingin memohon baucar Jom Shopping Perayaan boleh mengunjungi kaunter bergerak pada program Karnival Kembali Ke Sekolah 2023, Ahad ini.

Karnival anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Penyelaras DUN Semenyih itu diadakan di Dewan Komuniti Semenyih dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

[caption id="attachment_572141" align="alignnone" width="734"]
Poster hebahan Karnival Kembali Ke Sekolah 2023 DUN Semenyih pada 19 Mac 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat N24 Penyelaras DUN Semenyih[/caption]

"Kaunter bergerak bagi permohonan baucar Jom Shopping Perayaan dan juga Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dibuka sempena Karnival Kembali Ke Sekolah 2023.

"Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti pertandingan mewarna, gunting rambut percuma, kraftangan, hiasan kek Bento, lukisan muka, permainan pasir, gelongsor kembung (inflatable slide) dan juga persembahan badut," kata kenyataan menerusi Facebook Penyelaras DUN Semenyih.

Selain itu, kaunter pendaftaran Suruhanjaya Pilihan Raya dan pendaftaran akaun Tabung Haji juga disediakan untuk pengunjung.

[caption id="attachment_572140" align="alignnone" width="734"] Poster hebahan Karnival Kembali Ke Sekolah 2023 DUN Semenyih pada 19 Mac 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat N24 Penyelaras DUN Semenyih[/caption]

Antara syarat dikenakan bagi permohonan baucar Jom Shopping Perayaan ialah pemohon mestilah pengundi dan bermastautin di Semenyih, berpendapatan RM3,000 (keluarga) atau RM2,000 (bujang) ke bawah dan permohonan terhad kepada satu isi rumah sahaja.

Orang ramai diminta membawa salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, selain salinan bukti pendapatan (slip gaji) untuk proses pendaftaran dan semakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.