AGENDA

Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor dipromosi ke negara Asia Tenggara

16 Mac 2023, 11:57 PM
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor dipromosi ke negara Asia Tenggara
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor dipromosi ke negara Asia Tenggara

SHAH ALAM, 17 MAC: Kerajaan Selangor akan mengadakan lawatan ke beberapa negara Asia Tenggara bagi mempromosi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan lawatan ke Thailand, Vietnam, Filipina dan Singapura dijangka diadakan April ini.

“Semalam (kelmarin), MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) meluluskan lawatan ke beberapa negara Asia Tenggara untuk menarik lebih ramai peserta ke SIBS 2023.

[caption id="attachment_543525" align="alignleft" width="357"] EXCO Pelaburan Dato' Teng Chang Khim bercakap kepada media pada majlis pembukaan Persidangan Pendigitalan PKS Selangor sempena Sidang Kemuncak Peniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 7 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Aspirasi kita untuk menjadikan SIBS sebagai platform perniagaan, bukan ekspo jualan runcit (semata-mata),” katanya pada sidang media pengumuman inisiatif Smart Raya Selangor 2023 di sini semalam.

Beliau berkata lawatan itu juga bagi menjemput menteri dari negara berkaitan untuk menjadi speaker dalam persidangan yang melibatkan beberapa acara.

“Tahun ini kita beri perhatian kepada tetamu jemputan bertaraf menteri dari luar negara, (sebab itu) kita rancang buat lawatan ke negara Asean.

“Ia khusus bagi bertemu dengan menteri, pegawai kementerian, jabatan dan agensi yang ada hubung kait dengan pelaburan untuk memberi penerangan dan mempelawa mereka menyertai persidangan.

“Kita hampir pasti memperoleh seorang menteri dari negara Asean sebagai speaker dalam persidangan,” katanya.

SIBS 2023 dijadual di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober 2023.

Tahun lalu, sidang bagi pemain industri mengembangkan perusahaan dan memperkenal Selangor sebagai gerbang pelaburan antarabangsa merekodkan nilai transaksi perolehan RM1.45 bilion.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619