AGENDA

Dua beradik terperangkap setengah jam dalam kereta terkunci sendiri

16 Mac 2023, 3:15 PM
Dua beradik terperangkap setengah jam dalam kereta terkunci sendiri

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Dua beradik yang terperangkap kira-kira setengah jam di dalam sebuah kenderaan di Persiaran Putra Indah, Putra Heights, Subang Jaya di sini hari ini akibat ‘auto lock’ berjaya diselamatkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata mangsa berusia 16 bulan dan empat tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.30 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerah ke lokasi kejadian.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebuah kereta telah terkunci serta terdapat dua kanak-kanak di dalamnya… mereka kemudian selamat dikeluarkan oleh keluarga mangsa menggunakan kunci pendua," katanya ketika dihubungi malam ini.

Morni berkata kenderaan itu dipercayai terkunci akibat 'auto lock' dan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan atau sesak nafas.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619