PBT

Pelajar dipelawa sertai program gunting rambut percuma MPAJ

16 Mac 2023, 8:55 AM
Pelajar dipelawa sertai program gunting rambut percuma MPAJ
Pelajar dipelawa sertai program gunting rambut percuma MPAJ

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 MAC: Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 20 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan menganjur program gunting rambut percuma untuk pelajar sekolah Sabtu ini.

Ahli majlisnya berkata program yang mensasar pelajar darjah satu hingga tingkatan lima diadakan di Kedai Gunting Rambut Maha, Taman Lembah Maju dan Pandan Mewah bermula 10 pagi hingga 5 petang.

"Berdasarkan pengalaman program sebelum ini dijangkakan 120 pelajar akan datang menggunting rambut dalam program ini.

"Ini adalah penganjuran tahunan kali keempat hasil kerjasama jawatankuasa penduduk," kata Alice Tan yang juga ketua JKP Zon 20.

Beliau yang juga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai menjelaskan empat tukang gunting rambut akan ditugaskan sepanjang program.

"Kita mahu memberi semangat kepada para pelajar terutama di zon ini yang akan kembali ke sekolah.

"Jadi jangan lupa datang ke Kedai Gunting Rambut Maha Sabtu ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619