EXCO

Negeri gerak operasi bersepadu banteras Aedes di empat daerah catat kes denggi tinggi

15 Mac 2023, 5:10 AM
Negeri gerak operasi bersepadu banteras Aedes di empat daerah catat kes denggi tinggi
Negeri gerak operasi bersepadu banteras Aedes di empat daerah catat kes denggi tinggi

SHAH ALAM, 15 MAC: Kerajaan Negeri melaksanakan operasi bersepadu sejak 15 Februari hingga 22 Mac di empat daerah yang mencatatkan kumulatif kes denggi tertinggi.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah berkata pelbagai agensi dan jabatan terlibat dalam operasi yang membabitkan daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak.

[caption id="attachment_571871" align="aligncenter" width="712"] EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berucap sempena sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 15 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Semua agensi berganding bahu melaksanakan aktiviti pencegahan seperti pemusnahan tempat pembiakan, gotong-royong dan program advokasi bersama komuniti setempat serta mempergiat penggunaan semburan aerosol.

"Antara punca utama menyumbang kepada peningkatan ini adalah tahap kebersihan persekitaran lorong belakang rumah yang sangat rendah, kewujudan kebun haram, rumah kosong dan tanah terbiar," katanya.

Menjawab pertanyaan wakil rakyat Seri Setia Halimey Abu Bakar berhubung statistik denggi dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Dr Siti Mariah berkata sebanyak 11,183 kes demam denggi direkodkan di Selangor setakat 11 Mac.

Beliau menamabah, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 143 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (6,603 kes).

"Manakala, sebanyak 1,055 kes demam denggi dilaporkan berlaku dalam tempoh seminggu (5 hingga 11 Mac) iaitu peningkatan 53 kes berbanding 1,002 kes pada minggu sebelumnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619