AGENDA

Negeri bekal lebih 1,000 lampu LED solar di kampung, kawasan gelap

15 Mac 2023, 3:46 AM
Negeri bekal lebih 1,000 lampu LED solar di kampung, kawasan gelap

SHAH ALAM, 15 MAC: Kerajaan Selangor membekalkan lebih 1,000 lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

EXCO Perindustrian Dato' Teng Chang Khim berkata setiap kawasan terutama di kampung dan lokasi yang gelap menerima sekurang-kurangnya 20 lampu LED setakat ini.

"Daripada segi bajet kita hanya mampu beri 20 buat masa ini, dana kita terhad dan perlu melihat kepada keutamaan infrastruktur lain seperti jalan, parit dan sebagainya.

"Namun, kita akan sentiasa melihat kepada masalah ini. Sebenarnya tugas utama pencahayaan terletak bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan wakil rakyat Ijok Idris Ahmad berhubung jalan dan lampu jalan yang rosak dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Chang Khim berkata terdapat beberapa program pemasangan lampu LED berkuasa solar turut dilaksana Kementerian Pembangunan Luar Bandar di jalan kampung, kawasan orang asli dan tarikan pelancong.

"Bagi pemasangan lampu jalan oleh JKR pula, kriteria utama adalah kawasan yang tiada bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad, kawasan kerap terjadi vandalisme atau kemalangan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619