AGENDA

PKPS diminta tambah senarai sayuran, buah-buahan dalam jualan murah

15 Mac 2023, 2:33 AM
PKPS diminta tambah senarai sayuran, buah-buahan dalam jualan murah
PKPS diminta tambah senarai sayuran, buah-buahan dalam jualan murah
PKPS diminta tambah senarai sayuran, buah-buahan dalam jualan murah
PKPS diminta tambah senarai sayuran, buah-buahan dalam jualan murah

KLANG, 15 MAC: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) anjuran Kerajaan Negeri terus mendapat perhatian orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah.

Suri rumah Hasyidatul Farahida Hashim, 34, berkata dia tidak pernah melepaskan peluang mengunjungi program itu setiap kali dianjurkan berhampiran tempat tinggalnya.

[caption id="attachment_571838" align="alignleft" width="302"] Hasyidatul Farahida Hashim. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

"Sejak tahun lepas lebih 10 kali saya datang di JER sekitar Klang sebab barangannya bukan setakat murah tetapi berkualiti dan segar," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu Melati Mat Zain, 48, berharap JER dapat dianjurkan lebih kerap terutama ketika bulan Ramadan sehingga menjelang Aidilfitri nanti.

"Harap dapat dianjurkan selalu terutama nak dekat perayaan Aidilfitri nanti mudah untuk umat Islam mencari barangan bagi membuat persiapan menu hari raya.

"Memang sangat menjimatkan, saya belanja tidak sampai RM100 dapat beras, ayam, ikan, daging dan telur. Terima kasih Kerajaan Negeri semoga program ini diteruskan," kata suri rumah itu yang ditemui di JER DUN Sementa di Balai MPKK Kerayong 2 semalam.

[caption id="attachment_571839" align="alignright" width="306"] Melati Mat Zain. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

Warga emas, Abdul Baki Basir, 73, berkata sudah tiga kali dia mengunjungi JER untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

"Saya harap program JER akan datang dapat tambah lebih banyak barangan asas seperti sayur, buah atau makanan laut dan dapat dijual pada harga lebih murah juga berbanding pasaran," katanya.

Terdahulu, lebih 700 pengunjung hadir program jualan murah berkenaan semalam.

[caption id="attachment_571840" align="alignleft" width="260"] Abdul Baki Basir. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI[/caption]

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619