AGENDA

ADN cadang wujud enakmen hukum anak abai ibu bapa berusia

14 Mac 2023, 12:16 PM
ADN cadang wujud enakmen hukum anak abai ibu bapa berusia

SHAH ALAM, 14 MAC: Kerajaan Negeri dicadang mewujudkan enakmen yang memperuntuk hukuman terhadap anak-anak yang mengabaikan ibu bapa berusia.

Wakil rakyat Rawang berkata ramai warga emas di kawasannya berdepan kesukaran meneruskan kehidupan berikutan diabai anak-anak meski berkemampuan.

"Undang-undang berkaitan pengabaian ibu bapa bukanlah perkara baharu, malah negara jiran kita Singapura telah melaksanakan perkara berkenaan.

"Jadi saya ingin mencadang supaya Kerajaan Negeri mengkaji untuk mewujudkan enakmen bagi mengenakan hukuman kepada anak yang melakukan pengabaian kepada ibu bapa," kata Chua Wei Kiat.

Beliau berkata demikian ketika usul menyembah ucapan serta menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Wei Kiat juga menyaran Kerajaan Negeri mengkaji keperluan memanjangkan umur persaraan secara berperingkat berikutan peningkatan jangka hayat individu.

"Peranan kerajaan dilihat amat penting dalam mendepani isu berkaitan warga tua memandangkan sistem sokongan kekeluargaan sedia ada tidak mampu menangani masalah seperti kesunyian, sokongan sosial serta kesihatan mental dan fizikal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619