AGENDA

Polis rampas ubat gigi ekstrak ganja dialamatkan ke ahli politik

14 Mac 2023, 1:16 AM
Polis rampas ubat gigi ekstrak ganja dialamatkan ke ahli politik

PUTRAJAYA, 14 MAC: Polis Sepang merampas bungkusan disyaki ubat gigi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada dua ahli politik di sebuah syarikat kurier di Pulau Meranti, dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ,berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan seorang petugas pejabat kerajaan di sini yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, disyaki bungkusan itu mengandungi barang terlarang dan pada minggu lepas juga pejabat kerajaan tersebut menerima satu bungkusan yang mengandungi daun ganja ,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Susulan itu, katanya, polis telah pergi ke hab kurier berkenaan dan merampas barang kes iaitu tiub ubat gigi dengan bercorak daun ganja yang tertera tulisan ‘Happy Green’ yang ditemui dalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.

Beliau berkata semakan polis mendapati barang tersebut dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.

“Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan. Siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619