AGENDA

Usahawan Bumiputera terjejas banjir boleh jadual semula bayaran pinjaman

13 Mac 2023, 7:53 AM
Usahawan Bumiputera terjejas banjir boleh jadual semula bayaran pinjaman

SHAH ALAM, 13 MAC: Usahawan Bumiputera terjejas banjir boleh menjadual semula bayaran pinjaman di bawah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Menterinya Datuk Ewon Benedick menjelaskan usahawan terbabit juga diberi kelonggaran penangguhan bayaran sehingga enam bulan.

"Usahawan terjejas banjir dan yang meminjam daripada agensi kita, ada dasar untuk beri kelonggaran kepada usahawan ini.

"(Usahawan ini boleh) menjadualkan pembiayaan atau menangguhkan pembayaran mereka sehingga maksimum enam bulan," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib yang meminta kementerian terbabit menyatakan langkah membantu usahawan yang terjejas akibat banjir.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619