ADN

DUN Bandar Utama anjur permainan kad interaktif, tarik minat lebih 40 peserta

11 Mac 2023, 2:16 PM
DUN Bandar Utama anjur permainan kad interaktif, tarik minat lebih 40 peserta

OLEH SHAMZ JOHAN

PETALING JAYA, 11 MAC: Lebih 40 peserta menyertai permainan kad interaktif 'Build My Town' anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama di sini hari ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata program dianjurkan bagi menarik minat golongan muda memahami peranan sebagai penggubal undang-undang.

"Kita mahu anjurkan program yang lebih kreatif, santai dan sesuai dengan golongan muda.

"Melalui program ini, peserta dapat memahami peranan serta proses sebagai ahli parlimen dan Ahli Dewan Negeri dalam pembuatan serta penggubalan undang-undang atau polisi," katanya ketika ditemui.

Melalui permainan itu, pemain secara tidak langsung akan menjalani proses membuat dan mengundi polisi-polisi, membina projek pembangunan serta kemudahan bagi kawasan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619