BUDAYA

Cerita seorang lelaki

11 Mac 2023, 12:30 AM
Cerita seorang lelaki

seorang lelaki sedang berdiri. mengenggam bara di tangan kiri sekuntum bunga di tangan kanannya. sedangkan bulan memantulkan cahayanya di jendela menampakkan keajaiban. cermin kaca itu meskipun membukakan ruangnya untuk lelaki bercermin, namun ia masih tak berdaya tersenyum lalu kembali ke dalam diri menyatukan rohnya di kaca.

hinggalah malam jatuh ke beranda. ia masih di situ. memilih resahnya dan akhirnya kembali berdiri mengembalikan dirinya dari kaca. sedang di luar hujan tiba-tiba terdampar di jendela. beberapa helai daun kering terkapar di meja. ia fikir tak perlu lagi ia bercerita tentang dusta kerana sekurang-kurangnya ia terasa berdosa untuk melahirkan kembali derita.

akhirnya, setelah hujan hampir teduh ia kembali ke kamar untuk merenung kembali ke dasar tanpa menyakitkan sesiapa.

 

Ghazali Sulong

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619